93756

Titans Dan Azmi Caliph Buskers Sentiasa Konsisten - Suria FM - Segalanya Hiburan

Azmi Caliph Buskers membuatkan netizen cemas apabila hampir terjatuh di atas pentas kerana tertekan gear motorsikal yang dinaikinya.

Kejadian itu berlaku ketika kumpulan HEART yang dianggotai oleh Azmi, Ezad Lazim dan Danial Zaini membuat persembahan di minggu kedua yang bertemakan sekolah.

Kebimbangan netizen itu diluahkan menerusi posting di Twitter yang meminta Azmi dan anggota kumpulan HEART, Ezad Lazim serta Danial Zaini supaya lebih berhati-hati untuk membuat persembahan pada Jumaat ini.


Sementara itu, di minggu kelima, Kumpulan Titans dianggotai oleh Issey, Ammar dan Ain Al Edruce, memberi kejutan semasa persembahan apabila Issey pada ketika itu yang berada di kampung hadir memberi sokongan kepada dua lagi ahli kumpulannya.

Titans yang sentiasa memberikan persembahan konsisten setiap minggu bakal berentap di minggu ke 6 pada mala mini dengan tema minggu ini iaitu “Shopping Complex”

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!