86129

Tolak 50 Lagu, Siti Sarah Pilih Lagu Suami Sendiri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin mengakui akibat kecerewetan beliau dalam memilih lagu yang sesuai, 50 lagu terpaksa ditolak kerana tidak kena dengan kemahuannya.

Namun Sarah akhirnya akur dengan lagu yang dicipta oleh suaminya sendiri yang berjudul ‘Semakin’. Selepas 7 tahun tidak merakamkan lagu, akhirnya Sarah kembali mengubati rindu peminat yang dahagakan buah tangan terbaru darinya.

“Saya mengambil masa yang sangat lama untuk keluarkan single selepas tamat program Gegarvaganza musim ketiga. Saya dapat banyak lagu tetapi saya rasa tak dapat nak sampaikan lagu itu dengan baik. Tak sangka sebenarnya lagu yang sepatutnya saya nyanyikan itu berada dekat dengan saya iaitu lagu ciptaan suami sendiri”, jelasnya.

Menurut Sarah, biarpun menyanyikan lagi ciptaan suami sendiri, namun proses rakaman mengambil masa yang sangat lama kerana beliau seorang yang benar-benar cerewet. Banyak bahagian yang diubah-ubah sampai kena dengan kehendaknya.

Bukan sahaja bakal keluar dengan single terbaru, Sarah turut bakal menghadiahkan peminat-peminatnya dengan sebuah showcase. Namun showcase yang dijadualkan pada awal Mei itu terpaksa ditunda ke bulan Julai demi memberi laluan kepada Plihan Raya Umum ke 14.

Apa-apa pun tahniah SURIA ucapkan kepada Siti Sarah. Akhirnya daapt juga kita dengar lagu baru dari Sarah ya. Serius SURIA cakap lagu ‘Semakin’ memang meletup! Khabarnya bakal jadi lagu tema sebuah drama di slot paling popular. Pasti meletup letup!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!