72504

Top 6 BFF Selebriti Malaysia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Friendship Day atau Hari Kawan ini disambut secara rasmi di seluruh dunia pada 6 Ogos setiap tahun.

Tanpa sahabat sejati disisi, tidak mungkin kita dapat menjalani kehidupan yang penuh berwarna warni.

Sempena dengan Friendship Day ini, Suria senaraikan top 6 Selebriti dan ‘BFF’ mereka.

1. Erra Fazira dan Umie Aida

image

Dua primadona negara ini memang sudah sedia maklum bersahabat baik sejak sekian lama. Malah mereka pernah bersekolah di sekolah yang sama satu ketika dahulu. Disebabkan keakraban mereka, pernah satu ketika mereka dituduh menjalin hubungan sejenis. Ishh! Tak baik tau!

 

2. Zulin Aziz dan Sherry Al-Hadad

zul13

Gandingan dua orang pelakon, pengacara dan pelawak sering mengundang tawa di hati peminat. Teletah mereka yang gila-gila serta ‘chemistry’ setiap kali bersama memang menjadi! Malah mereka sudah diibaratkan seperti adik beradik. Oh ya, kelab peminat mereka juga digabungkan!

3. Sharifah Sakinah dan Marsha Milan

fb_img_1435474373004

Sahabat baik ini sering mencuri tumpuan dengan karektor mereka yang ceria dan gila-gila. Sering terlibat dalam projek yang sama menjadikan mereka sekepala. Malah mereka berdua pernah muncul sebagai penghias kulit majalah EH! Edisi BFF.

4. Hael Husaini dan Indah Ruhaila

screen-shot-2017-08-07-at-10-57-55-amKedua-dua mereka mula rapat sejak menyertai pertandingan realiti Akademi Fantasia 2013. Malah Hael turut menjadi komposer yang mencipta lagu untuk Indah. Keakraban mereka sering disalah erti sehingga dikatakan bercinta. Yang pasti mereka hanyalah BFF!

5. Rizman dan Ruzaini

img_4402

Duo pereka fesyen terkenal negara ini sudah bersahabat baik sejak dari zaman universiti lagi. Persahabatan sejati mereka membawa kepada penggabungan jenama Rizman Ruzaini yang kini menjadi antara jenama pereka tempatan paling elit di Malaysia.

6. Fasha Sandha dan Nursajat

screen-shot-2017-08-07-at-11-05-58-am

Mereka berdua boleh dikatakan antara ‘New BFF in Town’. Kebelakangan ini mereka berdua sering kali dilihat bersama-sama. Saling menyokong di antara satu sama lain, persamaan di antara kedua wanita jelita ini adalah mereka berdua merupakan ibu tunggal kepada dua cahaya mata lelaki dan perempuan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!