88429

Trailer Filem Hollywood Kedua Henry Golding Dilancarkan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Filem pertamanya Crazy Rich Asian belum pun ditayangkan, namun trailer filem kedua pelakon asal Malaysia, Henry Golding telah pun dilancarkan.

Filem yang bertajuk A Simple Favor itu menyaksikan Henry bergandingan dengan dua bintang terkenal Hollywood iaitu Blake Lively dan Anna Kendrick.

Trailer filem berkenaan telah pun dimuatnaik secara rasmi di saluran Youtube dan rata-rata yang menonton trailer itu nyata tidak sabar untuk menyaksikan filem yang diadaptasi dari novel itu.

Nama Henry Golding mula menjadi bualan di Hollywood apabila beliau terpilih untuk melakonkan watak utama dalam filem Crazy Rich Asian yang juga diadaptasi daripada novel popular.

Nampaknya Henry melangkah ke dunia Hollywood dengan cemerlang dan SURIA pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menonton kedua-dua filem lakonan Henry. Tahniah dari SURIA.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!