88473

Trailer Munafik 2 Dilancarkan, Netizen Sudah Tak Sabar Mahu Menonton Di Pawagam - Suria FM - Segalanya Hiburan

Akhirnya trailer filem yang paling dinanti-nanti iaitu Munafik 2 telah pun dilancarkan semalam.

Trailer filem Munafik 2 telah dimuatnaik di saluran Youtube oleh pengarah dan pelakon filem itu sendiri iaitu Syamsul Yusof menerusi saluran Youtube miliknya.

Rata-rata netizen yang menonton trailer itu nyata teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan filem itu di pawagam 30 Ogos 2018 nanti.

SURIA sendiri sudah tidak sabar untuk menonton sekuel filem paling laris sepanjang zaman itu. Melalui trailer sahaja sudah terasa keseramannya sampai tak boleh tidur malam.

Tambahan pula ratu filem seram negara Maya Karin menjadi tunjang utama, lagilah ramai yang tak sabar nak melihat kemunculan semula Maya membawakan watak seram.

Apa-apa pun jangan lupa untuk tonton kesudahan filem Munafik 2 di pawagam nanti. Agak-agak boleh lawan kutipan filem Muafik yang terdahulu tak? Sama-sama kita nantikan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!