72382

TRANSFORMERS : The Last Knight Tampil dengan Filem dan Koleksi Permainan Terbaru! - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-06-22-at-2-00-07-pm

Setelah lama dinanti-nanti, sekuel filem sains fiksyen yang diadaptasi dari siri kartun popular TRANSFORMERS kembali lagi menerusi TRANSFORMERS: The Last Knight.

Baru-baru ini sebuah tayangan khas telah diadakan oleh pengedar filem tersebut di GSC One Utama. Ramai peminat tegar siri TRANSFORMERS membanjiri pawagam tersebut semata-mata untuk menonton filem itu.

whatsapp-image-2017-06-22-at-2-00-08-pm

Buat peminat setia filem ini, anda bukan sahaja boleh menontonnya tetapi boleh juga mendapatkan sambil mengumpul koleksi permainan watak-watak robot yang muncul dalam filem tersebut. Ini termasuklah Optimus Prime, Bumble Bee dan juga watak comel baru iaitu Sqweeks yang tampil dalam versi kawalan jauh keluaran Hasbro.

whatsapp-image-2017-06-23-at-11-17-45-am

Lebih istimewa lagi, selain daripada permainan robot terdapat juga ‘helmet’ atau topi keledar khas iaitu The Optimus Prime Voice Changer helmet yang membolehkan pemakai menjadi ketua pasukan Autobot dengan 20 lebih kesan suara dan dialog menggunakan suara asli Optimus Prime dari filem TRANSFORMERS: The Last Knight.

whatsapp-image-2017-06-23-at-11-29-32-am

Masih menjanjikan pelbagai aksi mencemaskan selain kesan-kesan visual menarik, filem terbaru TRANSFORMERS arahan Michael Bay kali ini pasti menghiburkan mereka yang menggemari jenama siri ini. Apatah lagi dengan penampilan pelakon-pelakon popular seperti Mark Wahlberg, Josh Duhamel, Anthony Hopkins dan aktres jelita Laura Haddock.

TRANSFORMERS: The Last Knight sudah pun mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 22 Jun 2017 dan peminat juga boleh mendapatkan koleksi permainan khas sempena filem ini keluaran Hasbro di semua kedai permainan.

Untuk lebih banyak berita sensasi dan info hiburan klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!