Tahun 2018 menyaksikan banyak juga penerbitan filem tempatan yang berunsur seram.¬†Terbaru menyertai senarai filem-filem ini adalah ‘Tujuh’.

 

Membariskan nama-nama besar seperti Siti Saleha, Johan As’ari, Pekin Ibrahim, serta Cristina Suzanne sebagai watak-watak utama, ‘Tujuh’ bukanlah cerita seram biasa kerana ia turut memaparkan beberapa tema yang dianggap ‘taboo’ dan sedikit kontroversial.

Malah gara-gara beberapa adegan tersebut yang dilihat sebagai ‘bertentangan dengan nilai-nilai moral’, filem ini tidak mendapat kelulusan lembaga penapisan filem di Brunei, sekaligus diharamkan di negara tersebut!

Menggunakan era tahun 70-an sebagai latar belakang filem, ia mengisahkan tujuh orang pelajar universiti yang diburu oleh ‘roh’ seorang gadis orang asli lakonan hebat Marsha Londoh selepas mereka mengadakan pesta liar di sebuah banglo lama.

Filem ini juga mempunyai banyak ‘misteri dan teka-teki’ berkenaan jalan ceritanya yang hanya akan terungkai di penghujung filem.

Jika anda ingin tahu kenapa ia diharamkan di Brunei dan jawapan kepada teka-teki tersebut, pastikan anda menonton filem ini di kesemua pawagam seluruh Malaysia bermula 8 Oktober 2018.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!