87814

Tulus Bakal Adakan Konsert September Ini - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi dari seberang, Tulus mengumumkan yang dia bakal mengadakan mini konsert pada 18 September 2018 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Ini sejajar dengan pelancaran album terbarunya yang berjudul Monokrom untuk pasaran Malaysia baru-baru ini.

Biarpun sebenarnya sudah beberapa tahun menyertai dunia muzik Indonesia dan tampil dengan dua album sebelumnya, ini merupakan kali pertama albumnya diedarkan secara rasmi di Malaysia.

Malah penyanyi yang berasal dari Sumatera itu memberitahu bahawa konsert ini nanti bakal memberi peluang kepadanya untuk lebih mengenali dan beramah-mesra dengan peminat-peminatnya yang juga dikenali sebagai ‘Teman Tulus.’

Walaupun pernah memenangi pelbagai anugerah berprestij, Tulus menyatakan bahawa dirinya tidak pernah menyangka yang muziknya bakal diterima baik oleh ramai orang.

Malah lagunya berjudul ‘Sepatu’ juga pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun selepas dia diundang ke negara tersebut untuk sebuah festival muzik.

Buat yang ingin menyaksikan persembahan Tulus secara lebih dekat, tiket konsertnya boleh didapati di myticket.asia bermula 16 Julai 2018

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber