71815

"Tumbuk Sambal Belacan Pun Tak Pandai, Apa Tah Lagi Anak Orang" – Sharnaaz Ahmad - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam SURIAfm ada menyiarkan tentang kisah yang kononnya kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila ditumbuk oleh kekasihnya sendiri, Sharnaaz Ahmad. 

Walay bagaimanapun, Noor Nabila menafikan khabar angin itu dan menganggap ia sebagai fitnah. Bukan itu sahaja, Sharnaaz juga turut tampil menafikan perkara itu menerusi akaun Instagramnya dan Sharnaaz juga seperti tahu siapa dalang disebalik gossip ini. 

sharnaaz-3

Jika dibaca segala komen antara mereka berdua, memang sudah terbukti mereka berdua sedang berbahagia dn tiada apa-apa benda buruk yang terjadi.

Sharnaaz dan Noor Nabila juga sempat bergurau senda di ruang komen sehingga jelas ternyata mereka sememangnya tiada apa-apa masalah. 

sharnaaz-4

Haa rasanya semua kontroversi tentang percintaan mereka berdua sudah terjawab. Kepada Sharnaaz dan Noor Nabila, bersabarlah ye sebab bila sudah masuk dalam industri hiburan memang akan ada cerita-cerita nakal tentang selebriti. 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!