Semalam Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 93.

Ramai rakyat dan netizen yang memberi ucapan selamat hari lahir kepada Tun M di akaun Instagram Tun M.

Sehingga kini Tun M memiliki jumlah pengikut sebanyak 1.4 juta semenjak dibuka pada bulan Mac lalu.

Setakat ini Tun M hanya mengikuti atau ‘follow’ 8 akaun sahaja di Instagram beliau termasuklah dua artis popular Malaysia iaitu penyanyi nombor satu negara Dato Sri Siti Nurhaliza dan Aizat Amdan.

Wah bertuah betul Dato’ Sri Siti dan Aizat apabila diikuti oleh pemimpin nombor 1 negara yang tersohor di seluruh dunia ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!