72055

Tunang Hans Isaac Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Bekas Teman Lelaki Akibat…. - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selepas sahaja pengumuman tentang tarikh perkahwinan antara Dato’ Hans Isaac dan tunangnya iaitu Aileen Gabriella, seorang lelaki yang dikenali sebagai Robin Coenraad tampil dengan kenyataan yang berjaya menarik perhatian ramai sehingga menjadi viral di media sosial.

img_2017-03-01-120918-369x600

Akibat daripada kenyataan itu, Gabriella telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Robin itu bagi menjernihkan nama baiknya yang kini sudah tercemar akibat perbuataan Robin yang memburuk-burukkan beliau.

Foto Ihsan : New Straits Times
Foto Ihsan : New Straits Times

Walau bagaimanapun, Hans menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebab untuk menyaman Robin kerana tunangnya itu sudah mengambil tindakan terlebih dahulu.

“Setahu saya, pihak guaman Gabby telah hantar surat untuk memohon agar pihak lelaki tersebut meminta maaf dan menurunkan kesemua paparan, komen dan gambar peribadi yang melibatkan sejarah silam Gabby di media sosial. Tidak ada sebab untuk saya mengambil sebarang tindakan undang-undang sekarang. Namun saya ada mendapatkan khidmat nasihat guaman.”

Semoga apa yang terjadi tidak akan mematahkan semangat Hans Isaac dan Gabriella untuk meneruskan perkahwinan mereka. Memang sama cantik, sama padan! Tahniah Hans Isaac dan Gabriella!!

 

 

 

Sumber : Utusan Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!