72537

Ujibakat OlaBola The Musical Ahad 20 Ogos ini! - Suria FM - Segalanya Hiburan

tiara-jacquelina-orchestrating-at-the-creative-workshop

Enfiniti, salah satu syarikat hiburan terulung Malaysia kelolaan Puan Sri Tiara Jacquelina akan mengadakan sesi ujibakat umum untuk mencari bintang-bintang yang ingin tampil dalam persembahan teater OlaBola The Musical.

Pertunjukan pentas gah itu adalah garapan dari filem asal OlaBola yang pernah mencipta fenomena di pawagam Malaysia tidak lama dulu.

Ujibakat akan diadakan di ibu pejabat Enfiniti di Kota Damansara pada hari Ahad ini 20 Ogos 2017 seperti berikut:

Tarikh/Hari : Ahad, 20 Ogos 2017
Waktu: 1.00 – 6.00 ptang (Pendaftaran bermula 12 tengah hari )
Tempat: Enfiniti HQ (28, Ground Floor, The Strand, Jalan PJU 5/22, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor)

Selepas meraih kejayaan lewat pertunjukan teater bersakal besar seperti Puteri Gunung Ledang, P.Ramlee The Musical dan MUD: The Story of Kuala Lumpur OlaBola The Musical dijanhka bakal mencipta kejayaan yang sama.

OlaBola The Musical juga menggabungkan beberapa seniman berbakat seperti  penyanyi rap dan penulis lirik Altimet, komposer terkenal Palencia serta penulis skrip Shamaine Othman.

Ujibakat terbuka kepada semua bangsa yang menetap di Malaysia berumur 17 tahun ke atas. Pendaftaran akan bermula jam 12 tengah hari di tingkat tiga pejabat Enfiniti sementara ujibakat akan dijalankan di Black Box Studio di tingkat bawah.

Bakat berlakon, menari dan menyanyi adalah diperlukan sementara bakat menyanyi rap adalah sebuah bonus.

olabola-creative-workshop

Yang berminat boleh membawa lagu minus-one sendiri (dalam USB atau CD) dan juga portfolio masing-masing. Yang berjaya akan dihubungi minggu seterusnya.

Untuk maklumat lanjut tentang OLaBOla The musical layari www.olabolamusical.com. Untuk perkembangan,ikuti Enfiniti di Facebook dan Instagram @EnfinitiMy.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!