72064

Umi Nazeera Bongkar Punca Beliau Bermasam Muka Dengan Aeril Zafrel - Suria FM - Segalanya Hiburan

Boleh dikatakan gandingan mantap yang dilakonkan oleh Ummi Nazeera dan Aeril Zafrel sememangnya sangat membuahkan hasil apabila rata-rata netizen turut terkesan dengan watak yang dibawa.

Baru-baru ini timbul satu cerita yang kurang enak untuk didengar apabila ada dakwaan yang mengatakan mereka berdua bermasam muka gara-gara salah faham tentang watak yang perlu dilakonkan.

Untuk pengetahuan ramai, mereka berdua merupakan kawan baik dan tidak hairanlah jika hubungan persahabatan mereka diuji. Yela, mana ada hubungan yang akan terus bahagia tanpa pergaduhan?

Foto Ihsan : CARI
Foto Ihsan : CARI

Nak dijadikan cerita, Ummi dan Aeril juga tidak menafikan dakwaan itu dan mereka mengiyakan tentangnya. Jom kita baca antara kenyataan dari Ummi berhubung isu ini.

“Salah faham itu timbul berhubung watak kami apabila saya fikir lain dan dia pula sebaliknya sehingga kami bergaduh. Beberapa hari juga kami tak bertegur sapa sehingga ada kru bertanya kerana kebiasaannya kami memang sentiasa ceria memandangkan kami bersahabat baik. Itu juga kali pertama saya bermasam muka dengan hero gandingan saya dan Aeril pula kawan baik saya.”

Bukan itu sahaja, nak dijadikan cerita Aeril juga tampil bagi menjelaskan tentang isu ini dan menurutnya hubungan rapat itu kadang-kala akan membuatkan mereka terlupa untuk menjaga tutur kata.

Foto Ihsan : Semporno
Foto Ihsan : Semporno

“Ummi adalah rakan baik saya dan ini adalah kali ketiga kami digandingkan sebagai pasangan hero dan herion dalam drama. Hubungan akrab itu kadang-kadang buat kita terlupa untuk jaga kata-kata sehinggakan kita senang terusik dan lebih sensitif. Tetapi hubungan kami masih kekal baik seperti dahulu dan sebagai pengajaran saya perlu lebih berhati-hati dalam kata-kata dan perbuatan walaupun mempunyai hubungan rapat dengan seseorang.”

Bagi kami di SURIAfm, pergaduhan umpama ini sebenarnya selalu terjadi. Yela, mana ada manusia yang sempurnakan?

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!