88583

Umie Aida Sedia Bermadu - Suria FM - Segalanya Hiburan

Ramai juga pengguna akaun media sosial Instagram terutamanya pengikut akaun aktres Umie Aida terkejut dengan status yang dimuatnaik pelakon berbakat besar itu di Instagramnya.

Umie dalam status yang dikemaskininya pada dua hari yang lalu telah memberi keizinan kepada suaminya untuk berkahwin lain.

Kata Umie dalam kapsyen yang ditulisnya itu beliau tahu dirinya bukan isteri yang sempurna dan dirinya sendiri pun tidak tahu kenapa beliau mampu berbuat sebegitu.

SURIA berpeluang bertemu sendiri dengan aktres jelita ini di pertunjukan fesyen malam tadi, lantas bertanyakan sendiri dengan Umie tentang ‘keajaiban’ yang sering didambakan oleh sang suami ini.

“Semua orang terkejut dengan status yang saya muatnaik itu. Sebenarnya tiada apa-apa yang pelik berlaku pun. Saya akui ketidaksempurnaan saya sebagai seorang isteri. Hidup ini terlalu singkat, jadi kenapa saya perlu bersikap pentingkan diri sendiri.

Ditanya adakah beliau sudah bersedia untuk dimadukan andai benar suaminya ingin bernikah satu lagi, kata Umie semuanya akan berlaku dengan izin dariNya.

Namun kata Umie, selepas menyuarakan perkara itu kepada suaminya, beliau telah dimarahi.

“Dia terkejut dan kata jangan nak merepek. Saya tak cakap pun perkara ini dah keluar di media semua. Lepas dia baca dia hantar kepada saya dan kata “can you please jangan meroyan tak tentu pasal”.

Tambah Umie lagi, ramai juga rakan-rakannya yang bertanya adakah dirinya berada di dalam keadaan yang baik gara-gara memuatnaik status seperti itu.

“Saya okay sahaja. Perkara itu tak ada apa-apa. Agaknya disebabkan ‘mood’ gerhana bulan pada malam tu kot”, jelasnya sambil ketawa.

Aduh kenyataan Umie Aida ni memang paling dinanti-nantikan oleh para-para suami dari isteri mereka di luar sana tau. Mesti ramai yang sedang berharap isteri mereka bangun dari tidur dan memberi keizinan yang sama seperti Umie.

Tapi awas! Isteri anda belum tentu mempunyai hati seperi Umie Aida. Kepada Umie, semoga perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke Jannah.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber