72474

Undi Kumpulan Kegemaran Anda di Kecoh Suria - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

banner

Buat semua pengikut setia Suria, kami ada sesuatu yang ingin dikongsikan!

Bermula hari ini Suria akan menyiarkan sebuah program baru berjudul Kecoh Suria sebanyak lima episod di laman sesawang kami.

whatsapp-image-2017-07-27-at-2-06-20-pm-1

Program berbentuk permainan ini merupakan satu lagi cara kami untuk mendekatkan diri dengan para pendengar dan pengikut setia Suria, kerana para peserta yang mengambil bahagian memerlukan undian anda semua!

Dan untuk pengetahuan anda juga, peserta Kecoh Suria terdiri daripada penyampai-penyampai Suria sendiri bersama beberapa orang selebriti jemputan.

team-social-media

Ini termasuklah Shahrol Shiro, Zulin Aziz, Fizi Ali, Tyzo, Suraya dan DJ Lin serta penglibatan istimewa selebriti tanah air seperti Izzue Islam, Zarul Husin dan Amy Mastura.

whatsapp-image-2017-07-27-at-2-06-21-pm-4

Malah, setiap episod juga akan mempunyai juri jemputan seperti Azwan Ali, Saiful Apek, Pat Ibrahim dan Joey.

Kecoh Suria merupakan sebuah acara permainan yang melibatkan bakat seperti menyanyi, menari dan berlakon. Sebanyak tiga kumpulan yang terdiri daripada penyampai dan selebriti akan berentap selama empat minggu bagi merebut hadiah utama wang tunai berjumlah RM 10,000!

team-social-media-3

Peserta akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Karipap Kaboom, Kumpulan Cekodok Panas dan Kumpulan Nasi Lemak Power.

Setiap kumpulan akan diberikan tugasan atau cabaran yang berbeza genre setiap minggu. Tugasan tersebut dinamakan sebagai Lagu Kecoh, Joget Kecoh, Kecoh Sebabak dan Mulut Kecoh.

whatsapp-image-2017-07-27-at-2-06-21-pm-6

Pemarkahan setiap persembahan akan dikira melalui pemarkahan daripada juri jemputan sebanyak 50% dan undian pendengar sebanyak 50%.

team-social-media-2

Undian boleh dibuat melalui www.suria.my bermula pada hari Isnin sehingga Khamis. Juara mingguan akan diumumkan di dalam segmen Suria Pagi pada jam 8 pagi dan bersiaran langsung di Facebook Suria @SuriaFMMalaysia.

whatsapp-image-2017-07-27-at-2-06-21-pm-2

Pendengar bukan sahaja dapat mengikuti perkembangan program tersebut melalui radio, malah setiap persembahan peserta juga dapat ditonton menerusi platform digital di laman web Suria.

whatsapp-image-2017-07-27-at-2-06-21-pm-5

Kecoh Suria akan bersiaran bermula pada 28 Julai 2017 sebanyak 5 episod dan dihoskan oleh penyampai radio Suria sendiri iaitu Bob Ringgo.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!