84804

Unfollow Instagram Kerana Masalah Teknikal - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini kecoh sebentar apabila pasangan bertunang, Elfira Loy dan Sufian Suhaimi dikatakan telah ‘unfollow’ akaun Instagram masing-masing.

Disebabkan hal itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa hubungan mereka kini berada dalam masalah.

Namun Sufian telah tampil untuk menjelaskan hal yang sebenar kenapa perkara itu terjadi.

Menerusi laporan yang diterbitkan oleh MStar, Suhaimi berkata perkara itu (unfolow) adalah masalah teknikal yang berlaku secara tiba-tiba dan bukannya dari dirinya atau Elfira sendiri.

Katanya lagi, selepas mengetahui bahawa mereka sudah tidak mengikuti Instagram masing-masing, kedua-dua mereka telah cuba untuk ‘follow’ kembali namun masih ada masalah teknikal yang berlaku.

Hubungan Sufian dan Elfira masih baik-baik sahaja dan tiada masalah seperti yang digrmbar-gemburkan oleh netizen sebelum ini.

Haa apa kata korang ‘check’ balik korang dah ‘follow’ Instagram SURIA Malaysia belum? Kalau belum ‘follow’ la sekarang!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!