91518

UNIC Tak Puas Hati Fitri Haris Masih Menyanyi Lagu UNIC - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nampaknya kontroversi dan kumpulan nasyid ibarat berpisah tiada.

Terbaru juara Gema Gegarvaganza itu dikayakan tidak berpuas hati apabila Fitri Haris iaitu bekas anggota kumpulan UNIC sering menyanyikan lagu-lagu UNIC ketika membuat persembahan.

Menerusi kemaskini Instagram milik Bazli UNIC, dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Fitri yang seakan-akan tidak boleh ‘move-on’ dengan kumpulan UNIC.

Katanya lagi, disaat kumpulan itu sedang membuat persiapan untuk mengadakan sebuah komsert, Fitri pun akan membuat persembahan membawakan lagu-lagu yang sama di sebuah konsert yang lain.

Bazli juga meminta supaya Fitri ‘move-on’ dan cari identiti serta kekuatan sendiri tanpa perlu dibayangi oleh kumpulan UNIC.

Kenyataan yang dibuat oleh Bazli itu telah menerima pelbagai reaksi dari netizen terutamanya peminat kumpulan ini dan Fitri.

Ada yang bersetuju dengan Bazli malah ada juga yang sebaliknya.

Kata mereka, isu ini sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu mendedahkan di media sosial.

Ada juga yang berpendapat Fitri juga masih berhak menyanyikan lagu-lagu UNIC kerana suaranya memainkan peranan penting dalam setiap lagu.

SURIA harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara paling berhemah oleh kedua-dua belah pihak. Sayang andai perkara sebegini menjadi punca perbalahan tambahan pula kalian adalah penyanyi yang membawa mesej-mesej kemanusiaan dan ketuhanan. Bukannya apa, takut nanti orang diluar sana rasa hilang hormat pula kepada penyanyi-penyanyi yang berdakwah melalui lagu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!