86309

Uyaina Arshad Juara Puteri Muslimah Asia 2018 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pengacara dari Malaysia iaitu Uyaina Arshad telah dinobatkan sebagai Puteri Muslimah Asia 2018 di Jakarta malam semalam.

Uyaina yang menjadi wakil dari Malaysia telah menewaskan 17 lagi peserta dari 6 buah negara yang bertanding termasuklah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Timor Leste dan Turki.

Ini adalah kali pertama pertandingan ini dianjurkan oleh stesen televisyen popular Indonesia iaitu Indosiar.

Selain Uyaina, adik kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin turut mejadi salah seorang peserta mewakili Malaysia.

Primadona negara, Erra Fazira telah bertindak sebagai juri pada malam itu mewakili negara Malaysia.

Pada malam itu Uyaina sebagai juara membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 beserta sebuah tiara dan trofi. Tempat kedua pula disandang oleh peserta dari Indonesia dan Turki.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Uyaina kerana telah berjaya mengharumkan nama Malaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!