72755

Vessbroz bekerjasama dengan Farahdhiya dan Dato Zainal Abidin - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Kumpulan adik-beradik dari Iran yang menetap di Malaysia, Vessbroz bakal menggegarkan industri seni muzik tempatan dan antarabangsa.

w-design-house_frankie-hooi_vessbroz-album-1-1

Kini, Vessbroz sudah bersedia untuk melancarkan album antarabangsa yang pertama, yang menggabungkan beberapa artis seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia. Ia telah menjadi satu usaha besar untuk mengumpulkan kesemua artis ke dalam satu album, bagi memupuk semangat keamanan global.

w-design-house_frankie-hooi_vessbroz-album-with-design-1-01

Album terbaru mereka yang berjudul “LOST” adalah campuran beberapa genre muzik untuk mencipta sesuatu yang sangat unik, hasilnya, ia mempunyai Electro-Pop sebagai genre utama dan House Music sebagai genre kedua. Vessbroz telah mencipta bunyi unik mereka terutama pada dram. Album “LOST” telah ditetapkan sebagai album Rasmi bagi Filem bahasa Inggeris Malaysia yang mempunyai bajet besar berjudul “C144”. Lagu ini juga menjadi lagu tema untuk filem ini. Beberapa buah lagu dari album ini akan diselitkan di dalam filem ini juga.

w-design-house_frankie-hooi_vessbroz-album-6

Album pertama ini dilancarkan selepas Vessbroz melancarkan 10 single tahun lepas. Walaupun baru memasuki industri muzik pada tahun 2015, Vessbroz telah berjaya menyampaikan lagu-lagu dari genre “deep house” sehingga “dance floor”.

w-design-house_frankie-hooi_vessbroz-album-8-1

Sebagai jurutera audio yang mahir dengan latar belakang muzik klasik, mereka turut dikenali dengan muzik EDM, ini membantu mereka mencapai kejayaan dalam dua pertandingan antarabangsa tahun lepas untuk Lagu “Original” Terbaik dan Video Muzik Terbaik. Dengan lebih daripada 1,000,000 tontonan di YouTube dan lebih daripada 4.35 juta pendengar di Soundcloud, mereka telah membuktikan diri mereka mempunyai kedalaman dan keluasan sebagai Penerbit Muzik dan artis. Pada April 2017, Vessbroz telah melancarkan lagu berjudul “Dreams” di pelbagai platfom sosial media dan atas talian. Ia terus menjadi tular dan lagu tersebut mendapat sambutan hangat dan testimoni yang positif daripada banyak orang. Ia bahkan juga dipaparkan pada Blog Rasmi penyanyi rap antarabangsa 50 Cent dengan komen ini:

“Video muzik terbaru Vessbroz sedang “viral” !!!! Vessbroz telah mengeluarkan video muzik baru berjudul “DREAMS”. Mereka menulis dan membuat lagu ini tentang kehidupan mereka! Semak video muzik yang hebat ini.”

album-2

Sejajar dengan pelancaran Album Antarabangsa pada November 2017 dan pelancaran Filem “C144” akhir tahun depan, Vessbroz akan mengadakan Lawatan Promosi ke China, Hong Kong, Thailand, Indonesia & London, serta lawatan ke seluruh Malaysia. Album ini akan diedarkan di bawah label Sony Music Malaysia. Untuk menambah impak yang lebih besar untuk lawatan promosi, Vessbroz akan mengedarkan satu video lirik dan satu video muzik untuk setiap lagu yang terkandung di Album ini.

Antara artis Malaysia yang terlibat (menyanyi) di dalam album ini ialah Farahdhiya, Dato’ Zainal Abidin dan Nadeera.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!