72762

Video Lirik Lagu "Yang Terindah" Achey Capai 1 Juta Tontonan di YouTube Dalam Seminggu! - Suria FM - Segalanya Hiburan

achey

Seminggu dimuat naik ke laman YouTube, lagu ciptaan dan nyanyian pelawak terkenal, Achey berjudul “Yang Terindah” kini sudah menerima sejuta tontonan! Video tersebut kini berada di kedudukan #11 ‘trending’ di YouTube!

Menurut Achey, dia bersyukur lagu yang dibuat khas untuk isterinya Nur Hasanah Yahaya itu mendapat maklum balas positif peminat.

“Alhamdulillah, saya tidak sangka dengan sambutan luarbiasa peminat kerana ini merupakan percubaan pertama saya memasuki bidang nyanyian. Lagu ini pula saya buat khas tentang perjalanan rumahtangga kami yang terbina selama enam tahun. Tapi jika didengar semula, ia bukan hanya berkisar tentang seorang wanita tetapi membawa maksud yang lebih meluas,” ujarnya.

Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah berkata dia mengambil masa lebih kurang enam bulan untuk menyiapkan lagu berkenaan. Susunan muzik lagu tersebut disempurnakan oleh Zimi Sofazr.

Dalam pada itu, Achey turut berharap agar peminat-peminatnya membuat permintaan lagu berkenaan di radio-radio tempatan.

“Kepada peminat atau pendengar yang suka lagu ini, saya harap anda buat pemintaan dan undi lagu ini di radio-radio kegemaran anda,” katanya.

Lirik video “Yang Terindah” Achey diterbitkan oleh Sarah Shaber Production dan diedarkan Seventeen Eleven Music Sdn. Bhd.

Youtube : https://www.youtube.com/watch? v=8oDJw9WCFLw

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!