72136

Video Nazim Othman Kenakan Bella Dally Tarik Perhatian Netizen - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini nama pasangan suami isteri iaitu Nazim Othman dan Bella Dally mula mendapat perhatian ramai apabila ada desas-desus yang mengatakan rumah tangga mereka sedang bergolak.

14310591_768405549967780_295546383_n

Hal ini dikuatkan lagi dengan beberapa bukti yang kononnya mereka berdua sudah tidak memuat naik gambar bersama di akaun Instagram milik masing-masing malah Bella juga dikatakan telah memadam semua gambar percutian mereka.

14269232_679348732229473_1882613222_n

Selepas isu itu menjadi tular, Nazim telah tampil bagi menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa rumah tangga mereka masih dalam keadaan baik dan tiada apa-apa masalah.

bella-dally-modeltudung-ariani

Kali ini, nama mereka lagi sekali berjaya menarik perhatian netizen yang terhibur dengan sikap nakal Nazim mengenakan isterinya ketika berada di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) baru-baru ini.

Main hide & seek kat airport wakkkk…~ hikhikhik @belladally

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif terhadap pasangan ini dan ada yang melabelkan Bella sebagai seorang isteri yang sangat penyabar dan sporting apabila diperlakukan sedemikian oleh suaminya sendiri.

4

5

7

2

Kami di SURIAfm juga turut terhibur telatah nakal Nazim ketika itu dan kami mendoakan agar rumah tangga mereka sentiasa dalam keadaan yang baik.

Kalau gaduh sikit-sikit itu biasalah kan? Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Wah gitchew!!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!