
/wp-content/uploads/2018/06/Screen-Shot-2018-06-27-at-2.39.26-PM.png)
Semalam panas di media-media sosial apabila sebuah video yang dipercayai pelakon popular Fasha Sandha san Aidil Aziz yang sedang berpeluk dan cium menjadi tular.
Video itu dirakam oleh seorang yang tidak dikenali dari dalam sebuah kereta yang dipercayai berada di lapangan terbang.
https://www.instagram.com/p/BkViwAjg9jU/?hl=en&taken-by=lawak.kaw
Berkesempatan bertemu sendiri aktres jelita ini di majlis tayangan perdana filem Blok 404, Fasha walaubagaimanapun enggan memberi komen tentang isu video sensasi yang sedang tular itu.
“Saya tidak bersedia lagi untuk cakap apa-apa. Jadi saya tiada komen itu isu ini”, jelasnya.
Ditanya tentang hubungannya dengan Aidil yang dikatakan sedang bercinta, kata Fasha dia berkawan baik dengan Aidil dan masih belum di tahap bercinta kerana sedang menikmati status hidupnya sekarang yang solo.
Melihatkan ramai yang suka dan merestui hubungannya dengan Aidil kata Fasha itu mungkin disebabkan status Aidil yang masih bujang dan bukan suami orang atau duda.
Kata Fasha lagi hubungannya dengan Aidil menjadi rapat selepas terbabit dengan penggambaran drama yang melibatkan mereka berdua.
Sudah menjadi lumrah menjadi insan popular, pasti apa sahaja tindakan atau gerak laku akan menjadi perhatian orang. Semoga hubungan Fasha dan Aidil akan diakhiri dengan sebuah ikatan yang suci.