
/wp-content/uploads/2017/06/unnamed-15.jpg)
Baru berusia lima bulan namun anak lelaki kepada pasangan popular Bollywood, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan iaitu Taimur Ali Khan telah menjadi perhatian kerana wajahnya yang kacak.
Taimur menjadi sensasi internet terbaru di India apabila gambar Kareena membawanya ke sebuah majlis baru-baru ini telah menular.
Ramai netizen bukan sahaja dari India, malah dari serata dunia terpesona dengan wajah bayi bermata kelabu itu yang dikatakan sangat kacak walaupun masih bayi.
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kalau dah ibubapanya rupawan, pasti anaknya turut ikut sama.
Berlatar belakangkan keluarga yang berdarah seni, kami pasti satu hari nanti Taimur bakal menjadi ‘superstar’ seperti keluarga besarnya yang lain.