87309

Wajah Masih Baby Face, Afieq Shazwan Tunggu 5 Tahun Lagi Untuk Watak Hero - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon dan penyanyi Afieq Shazwan, 21, mengakui disebabkan wajahnya yang ‘baby face’ tiada tawaran untuk watak hero yang datang kepadanya.

Namun pelakon yang popular dengan siri Eli & Epit ini tidak mengeluh kerana meletakkan 5 tahun lagi untuk persediaan memegang watak hero.

“Sebenarnya saya sudah bersedia untuk bawa watak hero, tetapi dari segi fizikal mungkin saya belum bersedia. Ramai yang cakap rupa saya masih ‘baby face’. Mungkin lagi 5 tahun sudah boleh tetapi saya harus kerja keras”, jelasnya.

Dalam perkembangan lain, bintang yang lahir menerusi program Idola Kecil ini baru sahaja melancarkan single yang berjudul Seandainya kira-kira sebulan yang lalu.

Tahniah SURIA ucapkan diatas pelancaran single terbaru, dan semoga Afieq terus berusaha keras dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!