91109

Wajah Putih Bak Snow White, Shah Hazvee Nafi Pakai Produk Pemutih - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon baru semakin meningkat naik Shah Hazvee menafikan yang dia memakai produk pemutih untuk memiliki kulit yang cerah dan gebu.

Ini kerana ada yang beranggapan pelakon drama Monalisa itu memakai produk pemutih wajah kerana memiliki kulit putih bak Snow White.

“Jujur saya cakap saya tak pernah pakai produk pemutih. Kulit saya memang putih secara semula jadi. Saya rasa ia kerana genetik. Kalau tengok abang saya pun dia memang putih. Malah lebih putih dari saya”, jelasnya.

Katanya lagi, dia sering dihujani pertanyaan terutamanya dari peminat tentang produk apa yang diambilnya untuk memutihkan kulit.

“Ramai yang selalu tanya kepada saya produk apa yang saya pakai. Sampai kadang-kadang saya dah tak tahu nak jawab macam mana”, ujarnya.

Disebabkan memiliki kulit yang terlalu putih, jejaka berusia 22 tahun ini pernah terfikir untuk gelapkan kulitnya.

“Ramai yang cakap muka saya jambu gara-gara berkulit cerah. Sebenarnya saya teringin nak dapat kulit macam Remy Ishak. Baru nampak matang dan macho”, katanya bergurau.

Aduh sampai macam tu sekali ya nasib yang dialami oleh Shah Hazvee. Tapi beruntung juga memiliki kulit yang putih semula jadi ni, tak payah berhabis duit semata-mata nak membeli produk pemutih wajah. Apa-apa pun kita kena bersyukur dengan pemberian tuhan. Yang penting kulit kita sihat tanpa sebarang penyakit.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!