90663

Wajah Terkini Pelakon Telenovela Yang Pernah Menjadi Fenomena Di Malaysia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Telenovela dari negara Amerika Latin pernah menjadi fenomena di negara ini satu ketika dahulu. Hampir kesemua stesen televisyen di Malaysia menayangkan telenovela yang kebanyakannya berasal dari negara Mexico, Venezuela dan Colombia.

Antara telenovela popular yang pernah menjadi fenomena di Malaysia ialah Maria Mercedes, La Usurpadora, Rosalinda, Yo Soy Betty La Fea, Rubi, Miss Tres Hermanas, dan banyak lagi.

Pelakon-pelakon utama telenovela-telenovela ini mempunyai raut wajah yang jelita dan menawan sehingga menjadi idaman setiap orang yang melihat.

SURIA senaraikan heroin-heroin telenovela yang pernah membuatkan hidup anda tidak tenteram dengan kisah perjalanan hidup mereka satu ketika dahulu dan bagaimana wajah mereka sekarang selepas berbelas-belas tahun telenovela mereka ditayangkan.

1. Thalia –

Thalia muncul di kaca televisyen Malaysia buat kali pertama dengan telenovela Maria Mercedes. Namun telenovela Rosalinda yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2002 benar-bena rmelonjakkan namanya di Malaysia sehigga menjadi fenomena. Kini Thalia tidak lagi aktif berlakon kerana menumpukan sepenuhnya kariernya pada bidang nyanyian. Rosalinda merupakan lakonan terakhirnya.

2. Gabriela Spanic –

Siapa yang dapat lupakan kisah dua beradik kembar bernama Paola dan Paulina dalam telenovela La Usurpadora yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu? La Usurpadora ditayangkan di NTV7 pada tahun 2001. Kisah dua beradik berlainan personaliti telah berjaya mencuri hati penonton Malaysia. Selepas La Usurpadora ada beberapa lagi telenovela lakonan Gabriela ditayangkan di Malaysia seperti La Intrusa, Por Tu Amor, Emperatriz,dan Prisionera.

3. Scarlet Ortiz –

Wajah jelitanya mula muncul di kaca televisyen Malaysia menerusi telenovela Miss Tres Hermanas yang ditayangkan di NTV7 pada tahun 2001. Watak Lisa Estrada, seorang jururawat yang mempunyai tiga adik beradik perempuan telah memukau penonton Malaysia. Siapa yang dapat lupakan ‘OST’ telenovela berkenaan yang turut di alih ke Bahasa Malaysia berjudul Vida dendangan kumpulan Phyne Ballerz? Selain Miss Tress Hermanas, Scarlet juga berjaya mencuri hati rakyat Malaysia dengan telenovela Secreto De Amor yang juga turut diadaptasi ke versi Melayu menerusi slot Akasia berjudul Ezora lakonan Nur Fazura dan Beego.

4. Ana Maria Orozco –

Siapa yang dapat lupakan watak wanita hodoh bernama Betty yang bekerja di sebuah syarikat fesyen terkemuka di Comlombia? Telenovela Yo Soy Betty La Fea merupakan antara telenovela yang paling berjaya dan paling banyak diadaptasi di dunia. Hollywood juga tidak terlepas dari mengadapatasi ke versi Amerika yang diberi judul Ugly Betty. Kisah wanita hodoh yang bijak namun sering dipandang hina dan dipergunakan akhirnya berubah menjadi seorang wanita jelita dan berjaya telah menjadi antara salah satu watak yang paling ikonik di dunia.

5. Barbara Mori-

Barbara Mori pernah membuat satu Malaysia sakit hati dan geram dengannya menerusi telenovela Rubi. Rubi adalah satu-satunya telenovela yang mengangkat watak antagonis sebagai heroin. Berbekalkan wajah yang jelita serta gaya yang seksi, sikap tamakkkan harta serta merampas kekasih kawan baiknya sendiri telah memberikan satu kelainan dari segi penceritaan telenovela yang sering ditayangkan di Malaysia. Selain telenovela Rubi yang ditayangkan di TV3, Barbara juga pernah muncul dengan telenovela Amor Descarado yang ditayangkan di Astro Ria. Beliau turut terjun ke dunia Bollywood apabila membintangi filem Kites bersama aktor terkenal Hrithik Roshan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!