SURIA pasti mesti ramai pembaca-pembaca SURIA merupakan peminat filem-filem Bollywood dan pelakon-pelakonnya.

Filem Bollywood sudah sinonim dengan masyarakat di Malaysia. Malah sejak dari tahun 60an lagi, filem-filem dari India ini sudah menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Heroin-heroin jelita yang pernah menjadi idola rakyat Malaysia satu ketika dahulu kini telah pun bergelar ibu dan menjangkau usia pertengahan 40an.

SURIA senaraikan 5 heroin popular Bollywood zaman 90an yang masih kekal jelita sehingga ke hari ini.

1. Madhuri Dixit

Kejelitaan Madhuri memang tidak dapat disangkal lagi. Kelincahan beliau menari juga sering mendapat pujian sehingga digelar penari terbaik di Bollywood. Antara filem-filem Madhuri yang popular di Malaysia ialah Dil To Pagal Hai, Devdas dan Pukar.

2. Kajol

Namanya mula neniti dibibir peminat Bollywood selepas membintangi filem Baazigar bersama Shah Rukh Khan. Namun filem blockbuster Dilwale Dulhania Le Jayenge dan Kuch Kuch Hota Hai yang telah membuatkan nama Kajol meletup di seluruh dunia termasuklah menjadi kegilaan di Malaysia. Wajah Kajol semakin jelita apabila meningkat usia. Apa rahsianya ya?

3. Juhi Chawla

Siapa sahaja yang tidak tertawan dengan senyuman dan kejelitaan Juhi Chawla? Punya personaliti yang ceria dan gila-gila, Juhi menjadi kegilaan ramai satu ketika dahulu. Antara filem-filemnya yang popular ialah Yes Boss, Darr, Duplicate, Ishq dan Phir Bi Dil Hai Hindustan.

4. Aishwarya Rai

Pernah digelar sebagai Wanita Tercantik Di Dunia, kejelitaan bekas Ratu Cantik Dunia 1994 ini tidak pernah pudar. Malah diusia mencecah 45 tahun, Aishwarya masih kelihatan jelita persis anak dara. Wajahnya juga masih bertahan sebagai duta jenama kosmetik terkenal L’Oreal Paris selama 17 tahun. Antara filem-filemnya yang popular ialah Devdas, Taal, Ham Dil De Chuke Sanam dan Dhoom 2.

5. Preity Zinta

Wajah comel berlesung pipit merupakan ‘trademark’ pelakon jelita berkulit cerah ini. Preity punya wajah keanakan yang membuatkan ramai yang senang melihat wajahnya. Sehingga kini beliau masih kekal jelita. Antara filem-filemnya yang popular ialah Chori Chori Chupke Chupke, Kal Ho Na Ho, Koi Mil Gaya dan Veer Zara.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!