91184

“Walaupun Tersingkir Tapi Kami Keluar Bermaruah” – Hetty Sarlene - Suria FM - Segalanya Hiburan

Ramai juga peminat Gegarvaganza yang tidak berpuas hati apabila Hetty Sarlene tersingkir di peringkat separuh akhir.

Hetty memberikan persembahan yang menarik pada minggu ketujuh dengan menyampaikan dua buah lagu iaitu Pencuri Hati dan Kemaafan Dendam Terindah.

Namun Hetty tetap positif dengan apa yang berlaku. Katanya dalam sebuah kemaskini terbaru di Instagramnya, dia dan Forteen telah tersingkir secara bermaruah.

Tambahnya lagi, bukan mudah untuk seorang penyanyi sepertinya yang sudah lama tidak membuat kemunculan untuk kembali mewarnai industri seni Malaysia.

SURIA kagum dengan sikap Hetty yang begitu positif dan menerima ketentuan dengan terbuka. Sikap seperti inilah yang patut dijadikan contoh oleh artis-artis yang lain.

Inshallah, ini adalah jalan untuk Hetty kembali mewarnai industri seni di Malaysia. Ramai sebenarnya peminat Hetty yang rindukan nyanyian dan lakonan Hetty. Lepas ni boleh la selalu tengok Hetty di kaca TV ya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!