86563

Wan Azlin Harumkan Nama Malaysia Di China - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setelah Shila Amzah mengharumkan nama Malaysia di negara China dan sekitarnya, kini seorang lagi bintang Malaysia mengikut jejak langkahnya untuk cuba meraih kejayaan yang sama.

Seorang warga Malaysia bernama Wan Azlin telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan -” Sing! China” yang telah berlangsung di Shanghai, China pada 19 Mei 2018.

Azlin telah menyampaikan dua buah lagu Mandarin berjudul Gei Wo Yi Ge Li You Wang Ji dan Zheng Fu (battle) sewaktu pertandingan akhir tersebut.

Wan Azlin juga merupakan salah seorang artis di bawah syarikat rakaman FMC Music di Malaysia

Tahniah kami ucapkan kepada Wan Azlin dan semoga terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Kami menanti lagu dan album anda!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!