88828

Wani Artis Wanita Paling Rapat Dengan Haqiem Rusli - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jangan makan hati peminat-peminat Haqiem Rusli terutamanya peminat wanita, penyanyi lagu Tergantung sepi itu telah mendedahkah siapa artis wanita yang paling rapat dengannya.

Artis itu tidak lain tidak bukan, Wani yang popular dengan lagu Alhamdulillah dan baru-baru ini tular denhgan video muzik terbaru berjudul Pendusta Cinta.

Haqiem telah mendedahkan perkara itu di salah sebuah gambar yang dimuatnaiknya di Insta Story.

Kata Haqiem di dalam gambar itu, Wani adalah satu-satunya artis perempuan yang dia paling rapat.

Ya lah, masing-masing pun sama-sma bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama iaitu FMC. Jadi tidak mustahil andai mereka berdua rapat kan.

Tapi jangan ada yang makan hati dengan pendedahan Haqiem ini ya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!