84843

Wany Hasrita Nafi Bercinta Dengan Syed Shamim - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi popular Wany Hasrita menafikan bahawa dirinya sedang dilamun cinta bersama penyanyi Syed Shamim.

Kebelakangan ini Wany dan Syed Shamim sering dilihat mesra. Malah SURIA sempat ternampak mereka berdua saling berbual dalam satu panggilan video sewaktu Konsert Suria 10 tahun di Jitra Disember lalu.

Kedua-dua bintang ini malah pernah berduet menyanyikan lagu Aku Cinta nyanyian Syamel dan Ernie Zakri yang dimuatnaik ke laman sosial media masing-masing.

maxresdefault

Wany sewaktu ditemui di sidang media AJL32 berkata dia tidak bercinta dengan Syed Shamim seperti yang didakwa.

“Kami hanya berkawan. Kami sama-sama bernaung dibawah syarikat rakaman yang sama, tidak lebih dari itu.

Sementara itu Syed Shamim sewaktu dihubungi berkata, dia selesa berkawan dengan Wany dan mereka hanyalah kawan biasa belum tahap bercinta.

Bagi SURIA kalau mereka bercinta pun apa salahnya kan? Masing-masing masih solo dan nampak sweet jer! Mana la tahu nanti ada lagu duet dari mereka berdua. Pasti meletup!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!