72421

War for The Planet of The Apes, Sekuel Yang Menghiburkan - Suria FM - Segalanya Hiburan

warfortheplanetoftheapes_mainkeyart_13july-2sht

Barangkali salah satu rantaian filem sains fiksyen paling popular, siri filem Planet of The Apes menyambung kisah filem terdahulu lewat War for The Planet of The Apes.

sgr0230_v0136-1155_mkt

Berikutan peperangan yang tercetus di antara spesis beruk dan manusia dalam filem sebelumnya, kisah kali ini menceritakan bagaimana ketua kaum beruk, Caesar terus cuba mencari solusi damai di antara mereka dan juga sisa umat manusia yang tinggal. Namun percubaannya terus mendapat tentangan kala isteri dan anaknya dibunuh oleh pasukan askar pemberontak manusia.

lte0010_v0480-1526_mkt

Gara-gara kematian keluarganya, Caesar menyimpan dendam untuk membunuh Kolonel yang bertanggungjawab atas kematian keluarganya. Dalam proses memburu Kolonel tersebut, kaum beruk terjumpa  seorang anak perempuan manusia yang terjangkit penyakit aneh menyebabkan dia bisu seperti beruk asli.

2_ipm0080_v0463-1062_mkt

Banyak babak yang menyentuh hati dan mendebarkan sepanjang filem ini. Jelas sekali War for The Planet of The Apes merupakan sebuah filem yang sangat menghiburkan, dan pasti akan disukai peminat setia siri filem ini.

tpl0025_v0105-1349_mkt

War for The Planet of The Apes sudah pun mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!