72316

Warner Music Malaysia Memperkenalkan Bintang-Bintang Baru ! - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-05-29-at-11-48-39-am

Salah satu syarikat rakaman tempatan paling popular, Warner Music Malaysia baru-baru ini telah mengadakan sebuah acara khas, iaitu An Evening With Warner Music dengan menjemput pihak media serta rakan-rakan industri yang lain untuk memperkenalkan beberapa nama-nama baru yang kini bergelar artis rakaman mereka.

Menurut Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Encik Darren Choy, acara tersebut juga bertujuan untuk menghargai sumbangan teman-teman media yang telah lama menyokong artis-artis tempatan dan antarabangsa di bawah naungan syarikat rakaman tersebut.

speech-from-darren-choy-managing-director-warne-music-m

“Kami sangat menghargai segala usaha pihak media yang tidak jemu-jemu menyokong perkembangan artis-artis rakaman kami. Selain itu, di kesempatan ini juga kami ingin memperkenalkan beberapa bintang-bintang baru kami yang sememangnya berbakat besar,” jelas Darren.

Selain persembahan artis-artis Warner Music, ramai juga tetamu yang pulang dengan hadiah-hadiah lumayan sewaktu sesi cabutan bertuah.

an-evening-with-warner-music-malaysia

Di antara artis-artis rakaman mereka yang membuat persembahan adalah Yasin, Pesawat, Harris Baba, Payslip, Nastia, Oceanlights, Tuah Saja, Andi Bernadee, Bella Nazari, Tysha Tiar, DVA, serta bekas Ratu Cantik Malaysia, Dewi Seriestha dan juga bintang sensasi Youtube dari Australia, Cassidy.

Turut membuat penampilan petang itu adalah Faizal Tahir, Diana Danielle, Winnie K dan juga Maya Karin.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!