71960

Wawa Zainal Kongsi Tips Untuk Kekal Pikat Aeril Zafrel - Suria FM - Segalanya Hiburan

Padahnya dapat suami handsome, mesti akan ramai perempuan kacau tapi tidak kurang hebatnya kalau si isteri pun apa kurangnya, cantik!

Sebelum ini nama Aeril Zafrel sering terpalit dengan kontroversi sehinggakan timbul cerita beliau pernah diajak untuk berkahwin oleh seorang peminatnya.

Yang paling memeranjatkan, peminat itu juga katanya sanggup berkongsi kasih bersama Wawa apabila dia sudah menjadi isteri kedua Aeril. Wahhh beraninya!!

Walau bagaimanapun, isu itu sudah pun diketahui oleh isteri Aeril iaitu Wawa Zainal. Beruntung Aeril dapat isteri yang sangat penyabar dan tidak mudah melenting.

13531919_1628766690772354_1697552392_n

Baru-baru ini juga, Wawa ada menjelaskan bahawa beliau terpaksa jaga badan supaya sentiasa kelihatan cantik dihadapan suaminya kerana beliau sedar ramai peminat wanita yang ‘gilakan’ suaminya itu.

“Memang saya nak kurus sebab sebagai selebriti kita kena jaga penampilan. Aeril setiap hari jumpa perempuan cantik, takutlah. Jadi, saya kena pasang badan untuk kekal cantik. Tapi sebenarnya, saya tidak cemburu pun. Mungkin saya kurang tidur sebab terlalu sibuk dengan kerjaya seni dan juga perniagaan. Anak-anak pun semakin lasak, jadi banyak bergerak.”

Aeril juga tidak kurang hebatnya apabila beliau sendiri sudah aktif membina badan demi isterinya. Baguslah Aeril dan Wawa sebab mereka bersungguh-sungguh untuk kekal cantik dan handsome demi pasangan masing-masing.

Walau apapun, kami di SURIAfm mendoakan agar hubungan rumah tangga mereka kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa dilimpahkan rezeki. 

Sumber : Utusan Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!