72345

“We Don’t Talk Anymore” – Ezlynn - Suria FM - Segalanya Hiburan

Umum mengetahui penyanyi Ezlynn telah memfailkan penceraian terhadap suaminya yang juga pengurus kerjayanya baru-baru ini.

Tetapi ramai yang masih berteka-teki tentang punca sebenar Ezlynn membuat keputusan untuk bercerai. Desas-desus mengatakan bahawa ada orang ketiga yang terlibat di dalam krisis rumah tangga mereka.

screen-shot-2017-06-08-at-12-28-06-pm

Namun Ezlynn menyangkal dakwaan itu. Katanya punca beliau membuat keputusan untuk bercerai bukan kerana orang ketiga.

 

Malah katanya beliau tiada masalah untuk mengizinkan suaminya bernikah satu lagi kerana dalam Islam sendiri lelaki boleh berkahwin empat.

“Lelaki diizinkan berkahwin empat. Bagi saya kalau dia ada orang lain pun saya tidak kisah, kalau dia gembira begitu saya izinkan. Tetapi masalah ini bukan disebabkan itu”, jelasnya.

 

Menurut Ezlynn lagi, pergolakan rumah tangga mereka sudah berlarutan selama tiga tahun, cuma orang sahaja tidak tahu.

“Saya mengenali suami saya sejak tahun 2004 lagi, kami berkongsi minat yang sama. Namun manusia menjadi semakin dewasa dan berubah. Keserasian itu sudah tiada”, katanya.

pix_middle

Tambah Ezlynn ramai yang tidak tahu bahawa mereka pernah ke mahkamah sebelum ini. Tetapi suaminya minta untuk menangguhkan penceraian untuk memperbaiki hubungan mereka.

“Jalan yang terbaik adalah untuk berpisah, kerana jika kami masih kekal bersama ia akan lebih menyakiti kedua-dua belah pihak”.

Sehingga ke hari ini Ezlynn dan suaminya masih belum bercerai secara rasmi. Mereka juga masih tinggal sebumbung namun kurang berkomunikasi.

Semoga kedua-dua mereka menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Kami di Suria sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!