
/wp-content/uploads/2020/09/MIRA1.png)
PELAKON Mira Filzah menitiskan air mata kegembiraan sebaik saja selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar dengan sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.58 malam, Khamis.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh bapanya iaitu Badioezaman Ab. Khalik bersaksikan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah.
Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas sebagai emas kahwin beserta sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang, manakala wang hantaran dirahsiakan.
Baca artikel penuh di mStar
Kredit gambar dan artikel mStar