90583

WINNER Menangi Hati Peminat Malaysia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Ahad lalu telah berlangsung konsert kumpulan KPOP dari Korea Selatan iaitu Winner di Stadium Malawati Shah Alam.

Ini adalah kunjungan pertama kumpulan yang dianggotai oleh Jinwoo, Seunghoon, Mino dan Seungyoon itu di Malaysia.

Lebih dari 6,500 peminat kumpulan Winner telah hadir ke Konsert Winner 2018 Tour Everywhere.

Sepanjang 2 jam konsert berlangsung, Winner telah menyampaikan lebih 20 buah lagu termasuklah lagu-lagu popular mereka seperti Love Me Love Me, Really Really, Lala, Island dan banyak lagi.

Winner telah memberikan persembahan yang sangat mantap dan penuh bertenaga sepanjang lebih dua jam konsert berlangsung.

Mereka juga sangat bagus dalam berkomunikasi dengan peminat biarpun ada di antara mereka yang kurang fasih berbahasa Inggeris. Namun sewaktu membuat ucapan di penghujung konsert, mereka telah menyediakan skrip di monitor kerana mereka benar-benar mahu memberikan ucapan yang ikhlas kepada peminat mereka di Malaysia.

Lebih menarik, mereka sempat berkongsi tentang makanan kegemaran mereka di Malaysia yang dirasai di hotel seperti Satay, Mee Goreng dan Nasi Lemak.

Mereka juga tidak putus-putus mengucapkan terima kasih dalam bahasa Malaysia dan juga mengucapkan Aku Cinta Padamu.

Malah Mino yang merupakan seorang rapper sempat menyanyikan Aku Cinta Padamu dalam versi rap sehingga peminat di seluruh stadium bersorak.

Suasana di dalam stadium sangat ‘happening’ dan berwarna-warni dengan permainan teknik lampu yang sangat gah.

Di pertengahan konsert, mereka sempat menayang video cerita pendek lakonan mereka sendiri yang sangat lucu dan menghiburkan.

kesimpulannya konsert pertama Winner di Malaysia sangat menghiburkan dan SURIA pasti, peminat-peminat mereka pasti tidak sabar untuk menerima kunjungan Winner ke Malaysia lagi.

Konsert Winner 2018 Tour Everywhere ini telah dibawakan oleh MacpiePro.

Kredit Foto : YG ENTERTAIMENT

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!