99872

Wow! BTS Diumum Buat Persembahan Di Anugerah Video Muzik MTV Pada 30 Ogos Ini - Suria FM - Segalanya Hiburan

ANUGERAH Video Muzik MTV (VMA) secara rasmi mengumumkan kumpulan Kpop terkenal BTS bakal mengadakan persembahan buat julung kalinya di VMA 2020 yang akan berlangsung pada 30 Ogos ini.

Pengumuman itu dibuat selepas BTS berkongsi jadual promosi bagi single terbaharu mereka berjudul Dynamite.

“Ia betul-betul bakal berlaku! BTS akan membuat persembahan di VMA 2020 buat kali pertama.

“Jangan lupa 30 Ogos ini di MTV!” menurut ciapan (tweet) yang dikongsikan akaun rasmi MTV.

Peminat grup itu yang digelar Army meluahkan rasa teruja untuk melihat sendiri persembahan kumpulan kesayangan mereka.

Persembahan akan disiarkan secara langsung secara dalam talian pada 30 Ogos ini.

Kredit gambar dan artikel mStar dan allkpop

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...