72622

"Ya, Itu Adalah Saya" – Fathia Latiff - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon sensasi Fathia Latiff telah memohon maaf di Instagram miliknya berhubung isu dirinya yang menari ghairah secara langsung menerusi aplikasi sosial Bigo milik rakannya.

Fathia turut memuatnaik keratan berita temuramah dirinya bersama New Straits Times.

screen-shot-2017-09-19-at-8-45-45-pm

“Ya, itu adalah saya”, katanya kepada New Straits Times.

Katanya dalam temuramah itu, dia dan rakan-rakannya menyewa sebuah villa. Tarian itu dilakukan di dalam bilik mandi bersama rakan-rakan perempuannya.

Fathia turut menjelaskan bahawa dia berasa malu dengan perkara tersebut.

“Siapa saja yang mahu mendedahkan bahagian tubuh badan mereka kepada seluruh dunia?”, luahnya.

Katanya lagi, dia tidak menyedari bahawa video itu boleh diakses oleh orang awam dan hanya memikirkan bahawa video itu hanya boleh ditonton oleh rakan terdekat sahaja.

“Saya tidak pernah dengar mengenai aplikasi Bigo sebelum ini. Sekarang saya mengetahuinya dengan cara sebegini” katanya kesal.

Fathia turut meluahkan niatnya untuk bersiaran langsung sekali lagi di media sosial untuk menjernihkan keadaan dan berharap dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

 

Sumber : New Straits Times

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!