72121

Yayasan Star Foundation Sumbang RM50 ribu untuk pembelian kenderaan amal - Suria FM - Segalanya Hiburan

star-foundation-vehicle-presentation-photo-1

Yayasan Star Foundation yang merupakan jentera kebajikan Star Media Group hari ini telah menyumbangkan wang sebanyak 50 ribu Ringgit Malaysia kepada Caring Service Centre yang berpusat di Raub, Pahang untuk pembelian sebuah van yang mempunyai 12 tempat duduk.

Caring Service Centre merupakan sebuah pusat perkhidmatan amal yang membantu anak-anak kurang upaya dengan menyediakan bantuan penjagaan khususnya di Pahang.

Dengan adanya van tersebut, persatuan amal itu dan para penghuninya dapat menjalani aktiviti harian mereka secara lebih mudah. Ini termasuklah membawa guru-guru untuk membuat lawatan rumah dan juga mengambil bahagian dalam aktiviti awam yang lain.

star-foundation-vehicle-presentation-photo-2

Majlis penyerahan kenderaan tersebut telah dilangsungkan di Star Gallery di Menara Star, Petaling Jaya pagi Jumaat.

Ia telah dihadiri oleh Dato’ Fu Ah Kiow, Pengerusi Yayasan Foundation dan Star Media Group Berhad, Dato Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif The Star Media Group, serta Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga & Pembangunan Masyarakat.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!