
/wp-content/uploads/2017/08/WhatsApp-Image-2017-08-05-at-5.00.08-PM.jpeg)
Penyanyi yang terus mengharumkan nama negara Malaysia di persada muzik antarabangsa, Yunalis Zar’ai, 30 atau lebih dikenali sebagai Yuna baru sahaja mengumumkan yang dia telah bertunang dengan jejaka pilihan hatinya, Adam Sinclair, 33 yang juga merupakan adik bongsu kepada pelakon popular Ashraf Sinclair dan juga penyampai radio Aishah Sinclair.
Yuna kelihatan begitu anggun dalam persalinan rekaan Hatta Dolmat kala disarungkan cincin oleh bakal ibu mertuanya.
Sekaligus, ini bererti Yuna bakal menjadi biras kepada pelakon dan penyanyi popular dari Indonesia, Bunga Citra Lestari yang juga isteri kepada Ashraf Sinclair.
Pertunangan antara Adam Yousof Sinclair and Yunalis Mat Zara’ai pada 5 Ogos 2017 telah berlangsung di tempat kediaman ibubapa Yuna di Shah Alam. Majlis tersebut dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja.
Yuna mula mengenali Adam, seorang direktor di set rakaman untuk iklan televisyen pada awal tahun 2013. Mereka pada mulanya hanya berkawan biasa.
Pada akhir tahun 2015, hubungan Yuna dan Adam semakin rapat dan mula merancang dengan lebih serius untuk berkahwin. Yuna sudah pun membawa Adam berjumpa dengan kedua ibu bapanya, dan dia juga sudah mengenali keluarga Adam. Rancangan untuk bertunang bermula selepas upacara merisik pada 27 Mac 2017.
Yuna sangat bersyukur kerana pertunanangannya dengan Adam berjalan lancar.
“Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib. Kami sekeluarga sangat gembira dapat berjumpa dan bermesra dengan seluruh
keluarga Adam. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya. Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam,” jelas Yuna.
“Ini merupakan saat yang sangat manis bagi saya, kerana ini langkah pertama kami untuk hidup bersama dan saya sangat bersyukur berjumpa dengan seorang yang sangat penyayang dan baik hati seperti Adam. Percaturan Allah itu memang sungguh indah, Adam merupakan rakan karib saya, dan sepanjang perkenalan kami dia telah mewarnai hidup saya dan buat saya senyum dan ketawa, saya gembira akan bergelar isteri kepadanya satu hari nanti, InshaAllah, ” tambahnya lagi.
Untuk lebih banyak berita sensasi klik di sini