89947

Yuna Kesal Majalah BRIDES Guna Foto Perkahwinannya Tanpa Izin - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi antarabangsa Yuna Zarai telah menyuarakan kekesalannya terhadap majalah perkahwinan Amerika Syarikat Brides kerana menggunakan foto perkahwinannya tanpa izin dan kredit. Di akaun Twitternya, penyanyi tersebut mengatakan bahawa majalah tersebut setidak-tidaknya harus menyatakan bahawa ia adalah perkahwinannya dan memberi kredit kepada jurugambar foto tersebut sebelum mencetak foto itu.

Gambar perkahwinan Yuna itu dicetak di dalam sebuah artikel majalah tersebut yang menampilkan warga Afrika Selatan Amanda Dilima memakai tudung kepala tradisional Xhosanya. Penyanyi itu turut menyatakan di dalam kemaskini Twitternya bahawa majalah Brides barangkali menyangka dirinya adalah wanita tersebut kerana kedua-duanya memakai perhiasan menutup kepala di hari persandingan.

Penyanyi itu juga sempat memberitahu di paparan Instagram Storiesnya yang dia sama sekali tidak keberatan untuk memberikan majalah itu liputan terperinci dan juga gambar sekiranya mereka menghubungi dia sebelumnya. Yuna juga menambah bahawa banyak pihak yang telah bekerja keras untuk memastikan majlis perkahwinan itu kelihatan indah dan ia bukanlah sekadar sebuah sesi penggambaran fesyen perkahwinan untuk tudung kepala.

“Saya bukan sebarang wanita. Ia adalah perkahwinan yang benar-benar terjadi. Tolong jangan curi gambar kami,” kata Yuna, selain mengulas bahawa perkahwinan itu adalah “100% buatan Malaysia”.

Semoga ini menjadi peringatan kepada semua pihak di zaman media digital ini untuk sentiasa meminta izin dan memberi kredit kepada mana-mana pihak sekiranya menggunakan gambar atau video mereka.

 

Gambar diambil dari Laman Instagram dan Twitter Yuna

sumber : A+M (Advertising + Marketing)

 

_________________________________________________________________________

 

*Jom sertai kemeriahan Jelajah Suria yang Dikecohkan oleh Team Pagi Suria bersama para penyampai Suria dan barisan selebriti popular di lokasi-lokasi terpilih.

Pada mereka yang tidak sempat bersama kami, dengarkan siaran langsung Jelajah Suria di frekuensi negeri anda pada hari yang sama jam 5 petang.

Klik di sini untuk info lanjut.

Jelajah Suria Dikecohkan Oleh Team Pagi Suria

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!