84869

Yuna Sah Bergelar Isteri Kepada Adam Sinclair - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-01-26-at-8-33-57-pm

Akhirnya tahun baru 2018 menyaksikan salah satu ikatan yang paling dinanti-nantikan kala penyanyi antarabangsa yang berasal dari Malaysia Yuna mengumumkan pernikahannya dengan jejaka pilihannya Adam Sinclair.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Bt Dato’ Mat Zara’ai telah dinikahkan dengan Adam Yousof Bin Mohamed Sinclair yang juga adik bungsu kepada Ashraf dan Aishah Sinclair pada 26 Januari 2018 bertempat di Puncak Rimba, Bentong Pahang.

whatsapp-image-2018-01-26-at-8-34-03-pm

Yuna yang berwalikan ayahandanya selamat diijabkabulkan dengan Adam dengan sekali lafaz. Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang telah menyempurnakan majlis pernikahan tersebut pada jam 7 petang.

Pihak Adam memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak Yuna membalas dengan sembilan dulang hantaran. Majlis Pernikahan Adam dan Yuna berjalan dengan lancar dan dihadiri 300 orang keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan United States.

Yuna kelihatan begitu anggun dalam persalinan serba putih rekaan Hatta Dolmat.

Kedua mempelai ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan dari semua pihak.

whatsapp-image-2018-01-26-at-8-34-07-pm

Kami di Suria begitu gembira mendengar berita ini dah sentiasa mendoakan yang terbaik buat Yuna dan keluarga. Tahniah Yuna dan Adam!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!