90977

Yusuf Iskandar Bakal Jadi Abang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nampaknya si cilik popular Yusuf Iskandar bakal menjadi abang long tidak lama sahaja lagi.

Bapa Yusuf iaitu Hairul Azreen telah mengumumkan tentang kehamilan isterinya iaitu Hanis Zalikha di Instagram miliknya pada 1 November lalu.

Hairul telah memuatnaik gambar mereka sekeluarga dan kelihatan perut Hanis sudah sedikit membesar.

“Alhamdulillah, Insyaallah Yusuf Iskandar bakal dapat adik”, kongsi Hairul di Instagram.

Ketika ini, mereka sekeluarga sedang bercuti di Tokyo Jepun.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Hairul dan Hanis di atas berita yang menggembirakan ini. Tak sabar rasanya nak tengok Yusuf menjadi abang. Semoga kandungan Hanis sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!