96034

Zac Efron Keluar Hospital, Perlu Berehat Selepas Terkena Jangkitan Kuman - Suria FM - Segalanya Hiburan

Keadaan kesihatan pelakon Zac Efron kembali pulih selepas menerima rawatan akibat jangkitan bakteria, baru-baru ini.

Mengikut laporan ET, Zac mendapat jangkitan tersebut ketika menjalani penggambaran dokumentari berjudul Killing Zac Efron yang diadakan di Papua New Guinea.

Doktor membenarkannya pulang, namun masih memerlukan rawatan susulan bagi memastikan dia benar-benar bebas daripada jangkitan tersebut.

Sementara itu menerusi Instagram, Zac meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin terhadap keadaan kesihatannya itu.

Zac,mengucapkan terima kasih kepada semua di akaun instagram miliknya

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua.

“Saya dijangkiti kuman ketika di Papua New Guinea tetapi saya berjaya menghabiskan tiga minggu di sana.

“Kini saya berada di rumah untuk berehat, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap saya.

Killing Zac Efron merupakan rancangan dokumentari yang memerlukan Zac melalui beberapa cabaran dan bertahan untuk hidup selama untuk hidup selama 21 hari berbekalkan peralatan asas.

 

Kredit artikel dan gambar: mStar 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!