71999

Zainal Abidin Luah Perasaan Tentang Gaya Hidup Anaknya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi yang sudah lama menapak dalam industri hiburan tanah air iaitu Zainal Abidin memberitahu beliau tidak pernah meletakkan 100% kesalahan terhadap anak keduanya, Timur yang kini sudah terikut-ikut dengan gaya hidup barat.

12142482_1627793714126030_1490191070_n

Menurut beliau, sebelum ini anaknya itu menetap bersama bekas isterinya, Natasha Gabriel Abdullah yang merupakan seorang mualaf sejak anaknya masih kecil lagi dan itu merupakan punca mengapa Zainal Abidin tidak dapat memantau gerak geri anaknya.

“Saya tak salahkan Timur yang kini terlalu mengikut budaya barat kerana dia tinggal bersama ibunya yang merupakan seorang mualaf. Namun setiap kali dia berjumpa saya, saya akan mintanya memakai pakaian yang lebih sopan serta menanggalkan pewarna kukunya. Kemudian saya akan memintanya solat bersama saya. Dia seorang budak yang baik dan mendengar kata. InsyaAllah sedikit demi sedikit dia boleh berubah ke arah kebaikkan.”

Hasil perkahwinannya yang dahulu, mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu Mikhail (24 tahun) dan Timur (22 tahun) dan kini, Zainal Abidin sedang membesarkan dua lagi anaknya hasil perkahwinan dengan isteri baru. 

“Anak- anak saya membesar dengan baik dan saya suka terapkan mereka dengan ilmu agama. Saya juga pastikan anak-anak saya tidak meninggalkan solat kerana itu teras agama.”

Cantik juga anak Zainal Abidin yang Timur ini! Walau apapun, Zainal Abidin dan isteri pasti lebih arif cara untuk menjaga anak kandung mereka sendiri.

Sumber : Astro Gempak

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!