72705

Zainol McWilson Sekadar Bergurau - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam SURIA ada menulis artikel tentang bapa pelakon Zahirah Mcwilson iaitu Zainol McWilson yang membalas komen seorang peminat di Instagram milik Zahirah.

Dalam komen itu, Zainol telah mempersoalkan permintaan seorang peminat yang mahu melihat Zahirah dan Zul Ariffin bergandingan dalam drama atau filem.

screen-shot-2017-10-20-at-9-01-29-am

Disebabkan komen yang ditinggalkan oleh Zainol, ramai yang membuat spekulasi serta menimbulkan persoalan kenapa dia meninggalkan komen sebegitu sehingga ada yang beranggapan dia tidak menyukai Zul Ariffin.

Namun itu semuanya spekulasi semata-mata. Selepas SURIA menerbitkan artikel itu semalam (20 Oktober 2017), Zainol telah tampil di Instagram SURIA Malaysia untuk memberi penjelasan.

screen-shot-2017-10-21-at-7-12-49-pm

Kata Zainol dia cuma bergurau dan tidak mempunyai apa-apa maksud tertentu. Malah dia juga menjelaskan bahawa dirinya dan Zul Ariffin tiada masalah di antara satu sama lain.

Zainol turut menjelaskan bahawa dia okay sahaja jika Zahirah dan Zul digandingkan bersama dan sentiasa mendoakan kejayaan mereka berdua.

screen-shot-2017-10-21-at-7-37-16-pm

Disebabkan komen itu telah mengundang sedikit kekecohan, Zainol difahamkan telah memadam komen berkenan.

SURIA juga dengan rendah diri ingin memohon maaf jika pihak Zahirah, Zainol dan sesiapa juga yang terasa dengan artikel berkenaan. Diharap kalian dapat memahami tugas wartawan yang sentiasa peka dengan apa yang berlaku dalam dunia hiburan tanah aikhir terutamanya yang melibatkan media sosial.

Semoga kalian semua terus mewarnai industri seni tanah air dan berjaya dalam bidang masing-masing.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!