91344

Zamani Sudah Berpunya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi yang baru sahaja memenangi tempt ketiga Gegarvaganza musim kelima (GV5) iaitu Zamani mengakui hatinya kini sudah dimiliki.

Menerusi temubual yang dilakukan bersama Nabil dan Neelofa dalam program Meletop semalam, Zamani memberitahu bahawa dia sudah berpunya.

Sebelum ini, Zamani sudah memberi petanda di pentas akhir GV bahawa beliau sudah pun berpunya sewaktu finalis Dewi Remaja 2018 membuat kemunculan di atas pentas.

Sewaktu ditanya Nabil tentang status dirinya sekarang sama ada sudah berpunya atau belum, Zamani mengiyakan pertanyaan Nabil itu sekaligus mengesahkan bahawa kini beliau sedang berpacaran dengan seorang wanita.

Tambahnya lagi, di usia 47 tahun beliau sudah terlepas fasa untuk terlalu memilih pasangan dan terima apa sahaja yang datang kepadanya.

SURIA turut menumpang gembira dengan berita ini. Iyalah Zamani pun sudah lama hidup solo. Ramai peminat yang menanti untuk melihat penyanyi kesayangan mereka ini naik pelamin. Nanti jangan lupa jemput SURIA ya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!