87196

Zara Zya Tampil Dengan Tiada Dendam - Suria FM - Segalanya Hiburan

Life Records telah mengadakan sebuah majlis Jom Santai meraikan media bertempat di Makam Makan Coffee House, Hotel Royal Kuala Lumpur.

Selain daripada meraikan media, majlis ini adalah untuk memperkenalkan single-single terbaru dari artis-artis di bawah naungan Life Records iaitu “Tiada Dendam” oleh Zara Zya dan “DTP” oleh SheraKamarul , dan label-label pengedaran seperti “Wayangan” oleh Omera dari Imazpro Resources, “Someday” oleh Datin Ilyka dan “Nafas” oleh Sahimi dari Cloudworks dan” Baju Raya Eksklusif”” oleh Izzmad Harun oleh Nakhoda Alam Enterprise.

Selain daripada itu, muzik video “Tiada Dendam” oleh Zara Zya ditayangkan secara eksklusif di majlis ini. Penggambaran muzik video “Tiada Dendam” telah dijalankan di sekitar bandaraya Tokyo, Jepun seperti Shibuya Crossing, Harajuku, Odaiba Aqua City, Asakusa dan Shinjuku.

Muzik video “Tiada Dendam” mendapat sentuhan dari pengarah muzik video berpengalaman dari Indonesia, Chris Sinyal. Muzik video Dadali “Di Saat Aku Tersakiti”, Papinka “Di Mana Hati Mu” & Rio Febrian “ Mengerti Perasaanku” merupakan hasil kerja Chris Sinyal.

Life Records juga amat berterima kasih di atas kesudian pihak Waznah Sdn Bhd, Hotel Royal, Imazpro Resources dan Cloudworks di atas kerjasama mereka untuk menjayakan lagi majlis ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!