89647

“Zarina Anjoulie Ludah Muka I, Fathia Angkat Baju Nampak T****” – BFF Ini Bikin Kecoh Di Kelab Malam? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nampaknya kontroversi dan pasangan ‘BFF’ ini ibarat berpisah tiada. Selepas menggegarkan industri hiburan tanah air dengan pendedahan foto Ismail Izzani di kelab malam, terbaru Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie sekali lagi dihimpit kontroversi.

Seorang wanita telah mendedahkan satu kisah yang terjadi di kelab malam antara dirinya bersama Fathia dan Zarina.

Cerita wanita itu menerusi Instastory, Zarina dan Fathia telah bikin kecoh di kelab malam itu sehingga mencetuskan pergaduhan.

Kata wanita itu lagi, Fathia turut mengangkat bajunya sehingga menampakkan buah dada. Bukan itu sahaja, disebabkan perselisihan faham yang berlaku, Zarina telah meludah muka wanita itu dan rakannya.

Tambah wanita itu lagi, dia pernah menghormati kedua-dua aktres itu kerana telah memakai hijab namun segalanya berubah selepas dia mengalami pengalaman buruk bersama Fathia dan Zarina.

Aduh kenapa sampai jadi macam tu sekali? Andai benar apa yang dikatakan oleh wanita ini, SURIA harap Fathia dan Zarina dapat berubah. Namun andai apa yang dikatakan oleh wanita ini adalah fitnah dan rekaan semata-mata, tampillah membuat pencerahan kerana hal sebegini melibatkan maruah dan kehormatan diri.

Sumber : Media Hiburan

Jom sertai kemeriahan Jelajah Suria yang Dikecohkan oleh Team Pagi Suria bersama para penyampai Suria dan barisan selebriti popular di lokasi-lokasi terpilih.

Pada mereka yang tidak sempat bersama kami, dengarkan siaran langsung Jelajah Suria di frekuensi negeri anda pada hari yang sama jam 5 petang.

Klik di sini untuk info lanjut.https://images.suria.my/promos/jelajah-suria-siri-kedua/

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!